12 Oktober 2010 - 20:30

Syaikh al-Azhar Mesir berkata seluruh kumpulan dan berbagai lapisan masyarakat menyeru perpaduan untuk menghadapi penjajah Amerika dan kemasukan orang asing di Iraq

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Doktor Ahmad al-Tayb dalam kunjungan Sayed Ammar al-Hakim, pemimpin Majlis Tertinggi Islam Iraq kelmarin yang melawat Qaherah berkata beliau berhasrat mengunjungi Iraq dengan segera atas nama Imam al-Azhar dan simbol perpaduan dunia Islam".

Beliau menegaskan bahawa al-Azhar dan seluruh bangsa Arab serta Islam ingin mengembalikan Iraq kepada lakaran sejarah dan tamadunnya".

Syaikh al-Azhar menginginkan usaha pengukuhan keamanan di Iraq disamping ia melupakan prahara yang lalu.

Dalam pertemuan tersebut Penasihat Urusan Dialog al-Azhar Mahmud Azb, jurubicara Rasmi al-Azhar Muhammad Rifa'ah al-Tahtawi dan anaknya Penasihat Politik al-Azhar Ridha Jawad Taqi turut hadir.

Ammar Hakim kelmarin turut menziarahi presiden Mesir Hosni Mubarak atas dialog tentang kemajuan Iraq dalam pembentukan kerajaan baru.